Aug 24, 2013

She's NOT my bestfriend, she's my sister.

 
I do NOT like watching movies with my sister.
She always interrupts the tension or joy that I feel when we're watching movies.


"Kakyong, anak patung tu ke hantu nya?"
 "Mana kakyong tau, ini first time kakyong tengok cerita ni..."

"Eish kakyong, perempuan tu kena bunuh dekat pokok tu ke?"
"Boleh diam tak.........."

"Seram gila (sambil menyendeng), perempuan tu memang ada 6th sense eh?"
"ADIK, SERIOUSLY KUMPUL SOALAN BANYAK-BANYAK DULU, 
NANTI DAH HABIS TENGOK, ADIK TANYA OK, KAKYONG JAWAB SEMUA, "

-----------------------------------------



Adik and I are so different. 
Adik kurus gila, saya gemuk. 
Adik kuning langsat, saya hitam manis.
(But there's nothing to brag about kuning langsat. Seriously, langsat?
Atleast, hitam manis is manis, seriously langsat [?] lulz)

Besides our physical differences, we also have nearly opposite personalities. She is very worried about what other people think & say about her, but I dont really care. She is very nervous & timid. I'm a bit bold & tak kisah sangat. Dan ya, adik is a water person, saya api.

Oh ya tapi adik saya sangat kelakar. 
She's like a million times more fun than I am with her unpredictable and crazy wreck,
Pendek kata, adik is not adik bila dia cuba challenge saya punya gila & tak senonoh.

-----------------------------------------

 HAHAHAHAHA OMG WHAT A CRINGING POSE

Ke hadapan adikku Aisyah yang suka tiba-tiba menyelit manja dengan mama apabila mama sedang memanjakan diriku lulz, dimasa kamu membaca surat ini, kakakmu ini sedang teruk tenggelam di lautan buku undang-undang dan akta-akta di universitinya. Mohon tembakan doa untuk kakakmu itu. Beliau sangat cantik.

Oh Aisyah, kakyong tahu kamu sebenarnya kuat tapi kamu sengaja ambil air liur dan letak di mata kamu untuk acah-acah menangis semasa kami menghantar kamu ke asrama kan!?! Berhenti dik, tak letih ke main colek-colek air liur............tak berbau ke? Kah kah kah. Ok sambung...dimana kakyong tadi? Oh ya, janganlah main-main dengan air liur, kehidupan di asrama sebenarnya ini untuk mengajar kita, bukannya mendera, bukan untuk membuat kita menjadi lebih penyedih atau cengeng. Jadi kuat lah sikit, ya?

Dan terima kasih. Adik selalu sabar. Adik manusia keempat yang paling penyabar yang kakyong pernah kenal. Yang pertama dan kedua, haruslah mama dan ayah. Yang ketiga, mestilah kakyong hehehehehe. Apa-apapun, terima kasih & sorry banyak gila buat salah (Kira setel lah tau sebab aku kakak, cantik pulak tu, kahkahkah) Okbai sakit pinggang.

-----------------------------------------
 
(Ok....sambung cerita awal-awal tadi) 

I ask questions and say something stupid too when we watch movies.
Tapi dengan tujuan untuk bagi adik piss-off.

"Dik, asal budak perempuan tu relaks je duduk kat pokok tu, 
takde kerengga ke, eei naya je kalau kena gigit,"

(Adik jeling)

"HAA TANTAH THE CONJURING NI CERITA PASAL HANTU KERENGGA KUT!!!"


*bertinju*

Jul 29, 2013

#12 - Kronologi ujian JPJ

Awh pakcik Halim must be terrified lol


Dear diary hikhikhik,
hari ini saya telah menjalani ujian JPJ. Saya berasa sangat cuak dan takut kerana memandu adalah perkara ketiga yang saya tak suka selepas lipas dan racist dooshbek.

1. Bersiap seperti biasa. Memakai baju warna merah kerana saya percaya kepada aura warna. Red gives energy or some sort of spirits (Amboi kemain kau spirit)

2. Pakcik kata nak datang pukul 8.30 tapi datang pukul 9.30 hmmmmm comel pakcik ni :'))) Takpa kita paham, pakcik sibuk ulang-alik nak ambil calon-calon lain kan kan kan.

3. Nombor giliran 17 (macam tahu-tahu je aku pernah duduk seksyen 17 Shah Alam dulu)

4. Naik bukit. ALHAMDULILLAH  I PASSED without using the second chance.
    (Tapi sedih sebab kakak JPJ yang jaga bukit tak reti nak senyum)
    (Ada murtabak ke kakak dalam mulut tu?)

5. Parking. INI HORROR WALAUPUN FAVOURITE.
    Kenapa horror? Sebab selalu berlatih dengan pakcik dekat SATU bahagian JE.
    Tapi tadi dapat tempat parking dekatt bahagian lain!!! Dah lah tak ada penanda!!!
    Dah masuk kereta, selamba badak je drive pergi dekat pakcik penjaga cakap,

    "Pakcik, saya tak pernah berlatih parking dekat kawasan tu!!!"
     (Sambil berguling-guling // ok tipu)

    Lepastu pakcik tu terangkan dekat tepi tu ada kayu terpacak kecik,
    hah jadikan kayu tu sebagai penanda OK CHAIYOKKK.

    ALHAMDULILLAH I PASSED.
    (Tapi sedih sebab abang JPJ yang jaga bahagian parking tak reti nak senyum)
    (Ada roti john ke dalam mulut tu cik abe oi?)

6. Tiga penjuru. THE MOST HORROR PART I SWEAR.
    Selama 10 jam berlatih, tak pernah lepas bahagian tiga penjuru yang misteri ini.
    Hah noob gila kan haku, macam kena sumpahan.

    And I asked pakcik Halim for another extra class.
    DUA KALI LATIHAN TERAKHIR, AKHIRNYA BARU LEPAS.
    Terharu gila rasa nak menangis. Pakcik Halim pun rasa nak menangis lol.

    ALHAMDULILLAH I PASSED.
    (Tapi sedih sebab makcik JPJ yang jaga bahagian tiga penjuru tak reti nak senyum)
    (Ada jagung bakar ke dalam mulut makcik?)

7. Ujian atas jalan. It went smoothly.
    ALHAMDULILLAH I PASSED.
    (Tapi sedih sebab pakcik JPJ yang pantau saya tak reti nak senyum)
    (Ada ayam masak madu ke dalam mulut pakcik?)


Tema kisah pada hari ini -
Kehidupan seorang remaja perempuan tabah yang dikelilingi oleh manusia-manusia grumpy yang menyorokkan makanan bazaar dalam mulut mereka kerana itu mereka tidak mahu senyum.

Pengajaran -
1) Harus berani dan spontaneous.
2) Senyum.......seindah suriaaaaaaaaa.
3) Jangan lupa tawakal lepas dah berusaha.


Ok bai selamat berpuasa semua,
dan selamat memburu malam Lailatul Qadar.


Nota Melekit - Kadang-kadang tak paham dengan sesetengah manusia yang suka mempertikaikan apa content blog // status FB // tweet orang lain.

Biarlah dia nak cerita pasal hidup dia ke, mak bapak dia ke, hamster jantan dia meninggal ke, cerita ilmiah ke, merepek ke..........oh ya by the way dia guna laptop awak ke?

ASALKAN TAK UPDATE BENDA YANG MACAM ASDFGHJKL,
(As in lagha things, arrogance//riak, hatred, or filthy stuffs)

- Pernah dengar tak yang ambil iktibar & berfikir daripada kisah dan perjalanan hidup orang lain itu pun salah satu cabang ilmu dan muhasabah juga?

- So back off. Mind your own content in any social media sites before you judge us.
   Dan ya, aku update cerita aku di blog/status/tweet bukan untuk puaskan hati kamu.
   I'm pleasing myself ok sila take note. Thank you.


Jul 22, 2013

#11 - Finally I found youuu (berkata kepada ebooks)

I'm not a fan of ebooks but I'm not against it.

More inclined to physical books. Kenapa?
Sebab puas, boleh conteng-conteng makna.
(Ya, macam noob kan tapi nak wat acane dah jadi habit)
Boleh kelepet-kelepet mukasurat yang ada quote best.
Some people dont kelepet their books kan, sayang katanya.
I show my love towards my book through kelepetz lah. 
MAKIN BANYAK KELEPET, MAKIN SAYANG. 







GITEWWW.


Tapi saya baca jugaklah ebooks. Sebelum nak tidur dalam gelap ke,
dalam bas ke, train ke, sambil menunggu ke, ke ke ke ke ke ke ke ke


 So last night I got really hyped because I found modern literature ebooks!
SUSAH GILA TAHU TAK NAK JUMPA, SELALU JUMPA CLASSIC LITERATURE EBOOKS JE BELAMBAK SOBS SOBS SAYA SANGAT GEMBIRA MALAM TADI SAMPAI SEKARANG TAK HILANG LAGI PERASAAN INDAH TERASA SEPERTI BERCINTA OKBAI LELEBIH

*lap air mata kegembiraan*


Siapa yang follow blog saya dari semenjak dia lahir dari perut saya dan sebelum saya mendelete older posts saya, pasti kamu semua tahu yang saya hampir meroyan sebab selalu tak jumpa The Hunger Games Trilogy tu kalau pergi mana-mana bookstore.
(Kalau jumpa pun tak bawak duit. K.)


The Hunger Games Trilogy ada 3 series.
The Hunger Games - Catching Fire - Mockingjay

Haaa tengok balik gambar tadi. Ada buku-buku John Grisham
(Buku-buku si Grisham ni amatlah sesuai untuk law students)
 Nicholas Sparks awh amagad cheesy,
Paper Town by John Green, Jodi Picoult and The Trial by Franz Kafka.

(Ingat tak masa ada tiga peguam datang USIM dan bagi taklimat dan sorang peguam perempuan tu ada promote buku The Trial ni sebab dia macam indicates sedikit sebanyak Internal Security Acts [ISA] dalam Malaysia ingat tak, ingat tak? Haaa itulah bukunya.)


YEZZA




 Haaaaa ini Theodore Boone series.
Pasal budak kecik yang tahu banyak gila pasal undang-undang,
mak bapak dua-dua lawyer, pastu buat firm & court macam rumah sendiri ok.
Gila cooliaw dan nyumz dia punya issues & conflicts.




Pastu dari belakang budak ni nampak macam Greyson Chance campur Justin Bibiaq.





Ok dah nak masak asam pedas sambung download.
Selamat berpuasa semua & selamat menguruskan prep untuk kemasukan degree xx

Jun 30, 2013

#10 - KKNC's loudest tenants.

My housemates 
(Excuse my plum cheeks)

Mula-mula 7 orang.
Tolak 3 orang pindah *pakai kalkulator*
Tadaaa, hasilnya tinggallah kami berempat.

 (Sorry kena blur gambar sebab ekpresi muka tak appropriate)

 ------------------------------------------------------

Manusia pertama yang akan menjadi mangsa deskripsi aku ialah Najah.
(Sila rujuk gambar diatas untuk membayangkan wajah beliau)

NAJAH. Najah adalah seorang manusia yang suka bercakap.Bila makan, beliau akan bercakap. Bila minum, beliau akan bercakap. Bahkan, jika bercakap semasa tidur juga adalah fitrah manusia, aku yakin Najah juga akan bercakap semasa tidur. Tapi Najah ni bagus, mulut beliau bergerak, kerja beliau juga akan bergerak bersamaan dengan kelajuan mulut beliau bergerak. Dua kerja dlm satu masa. Phew dapat bayang tak, hebat kan Najah?

((( Sebelum aku terlupa, Najah adalah kawan Shiro semasa di KISAS. Shiro ni kawan baik gila-gila aku merangkap kembar tapi aku lagi cun, wangi dan aku tak paham apa pekdahnya tetiba aku nak describe persahabatan aku dengan Shiro kat sini okbai. )))

Ok sambung balik. Kita kat mana tadi? Oh ya...hebat kan Najah. Selain mampu buat kerja dalam satu masa juga. Najah juga adalah seorang yang amat pembersih dan suka mandi di awal pagi. Selain itu, Najah juga amat power dalam Arab dan jika beliau gelak dan excited, nescaya satu rumah akan bergegar dan penduduk kawasan perumahan akan mengalami trauma yg amat dahsyat. Najah juga gemar membebel jika aku menyentuh bungkusan Maggi atau pun mandi lambat dan tidur secara berlebihan. Tapi aku tahu, Najah membebel kerana Najah hendak yang terbaik buat aku. Terima kasih Najah :)



 

 Mangsa kedua ialah - Aina (Sila rujuk gambar-gambar diatas)

AINA. Aina adalah orang Melayu, Aina tersangatlah Melayu dia punya kemelayuan. Hehehehehehe. Aina suka melayan lagu-lagu melayu, drama-drama melayu, gosip-gosip melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu, bakal mendapat tempat istimewa didalam hati Aina. Aina tak suka cerita English. Korea dan Hindustan apatah lagi. Beliau selalu merengus jika kami serumah menonton cerita English (atau selain dari Melayu) dan tak paham mengapa kami sering melihat cerita-cerita selain daripada cerita Melayu. 

Selain seorang yang sangat kemelayuan, Aina juga amat benci kepada cicak, tidak gemar kepada getah, dan tidak gemar jika ada manusia yang merenung kakinya lama-lama. (Tapi kami satu rumah selalu je buat KAH KAH KAH) Comel kan Aina? Selain itu, Aina is a morning person tapi beliau amat liat untuk mandi petang dan kami terpaksa mengambil keputusan untuk mengheret membebel beliau. Tapi benda yang paling bagus tentang Aina, beliau sangatlah rajin bertanya jika beliau tak paham tentang sesuatu pelajaran atau hal.

Hi Aina yang putih gila, terima kasih :)
*pasang background lagu Melayu*  *LARI*


Musuh ketat kami - You-Know-Who

Mangsa yang terakhir untuk digigit di-describe ialah Isma (Sila rujuk gambar)

ISMA. Aku banyak persamaan dengan Isma. Dari segi genre lagu atau cerita kegemaran dan banyak lagi. Isma is a good listener and a good advisor I must say. Isma juga tidak boleh melihat aku makan kerana beliau akan berasa terhasut untuk makan sekali sebab Isma kata beliau seronok melihat aku bersantap, aku kelihatan bahagia, WAH GITEWWW.

Kalau bab-bab Laws & English ni, aku dengan Isma memang sentiasa ngam & compatible. Seperti hubungan pelajar tamhidi dan cucuk-cucuk gitu. Ingat lagi aku dan Isma khusyuk dan tawaduk mendengar lagu-lagu English dan rephrase those lyrics sempena preparations untuk MUET. Isma juga suka tidur tetapi beliau amatlah pandai bergaya dan matching-matching baju *menangis di dapur mengenangkan keselekehan diri ini* Selain pandai bergaya dan memakai eyeliner serta shawl, Isma juga adalah seorang yang amat caring dan amat concern kepada kami serumah. Untuk segala hal, terima kasih Isma :)


(Masa ni hujan dan ada abang pakcik pervert)

I just wanna say thank you for always listening, caring and being a junk lol. You don’t even know how that makes me go all warm and mushy on the inside. Sorry cuz I'm completely an annoying asshole, pemalas nak kemas bilik, selekeh, kurang reaksi kalau korang excited etc. I appreciate it more than you know. I love you all. MUAH MUAH MUAH.


NOTA MELEKIT - Rindu gila dekat Wafa & Shark  Shak.



Jun 29, 2013

#9 - Angels by Lang Leav.


I found this in Instagram. Truly exquisite and enchanting.

It happens like this. One day, you meet someone and for some inexplicable reason, you feel more connected to this stranger than anyone else. Perhaps this person carries within them an angel - One sent to you for some higher purpose. To teach you an important lesson or to keep you safe during perilous time.

What you must do is trust in them. Even if they come hand in hand with pain or suffering.The reason for their presence will become clear in due time. Though here is a word of warning - You may grow to love this person. BUT remember they are not yours to keep. Their purpose isnt to save you but to show you how to save yourself. 

And once this is fulfilled, the halo lifts and the angel leaves their body as the person exists in your life. They will be a stranger to you once more.

----------------------------------------------------

Pujuk hati sendiri gila-gila. Ada hikmah.
Setiap kejadian ada hikmah, always.



Jun 12, 2013

#8 - Ulasan terakhir sebagai pelajar asasi Undang-Undang & Syariah di USIM.

 Tajuk tak boleh nak skema lagi kerrr

Dear blog,
I'm sorry for neglecting you again eventhough its clearly I'm on my holiday till September. Sesungguhnya aku ini tidak sempurna dan penuh dengan palitan dosa (Tetiba)
So, all Tamhidi students have got their final exam result, and yes, CONGRATULATIONS to everyone...you're still alive after went all the tantrums and breakdowns of Tamhidi phase.

Alhamdulillah.

This post might be boring because I just want to summarize and conclude every things that I've done or what I felt during my Law & Sharie foundation phase. Either you close the tab or prepare a pile, in case you might puke because its so self-centered. (Doesnt relate to anyone/anything except law students & legal stuffs)




The first time in law school brought excitement & at the same time it was the scariest. There’s so much to learn and it’s completely different to what I've learned during my school phase. ITS COMPLETELY DIFFERENT, AND AT SOME PARTICULAR TIMES, IT FELT LIKE I WAS A NEWBORN BABY UWEKKK UWEKKK (Ok apahal jijik gila ni hahaha)



Actually, there is no secret formula for studying law (I wish there was) Sama je macam korang belajar perubatan, pergigian, akaun, sastera, TESL dan lain-lain. You just need to put extra efforts, have passion in whatever you do and prayers. THATS ALL. Cewnang khen!?!

 BUT, lets be honest - Law foundation was quite hard actually. I remember sitting in a lecture for my first time, watching all the other students around me - They were in perfect control of legal studies - They sat through lectures without falling asleep and without panicking about exams padahal dah nak dekat - DENGAN EMPAT SUBJEK ARABNYA LAGI - AND I WAS LIKE "WEH SERIOUSLY KORANG NI MANUSIA KE ROBOT!!!"


And basically, these FIVE tips really helped me a lot, SUMPAH.
(*Buat gaya sumpah mcm Saiful Bukhari)
(*Guna background mahkamah guna teknik green-screen)

1. Aim to do a little bit studying each day. even its just for two minutes. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit and you’ll be surprised by how much you've learned.

2. Flashcards/mind maps are great for rote learning. You can pull them out at any time and I swear (Again?) if you do this, youre the coolest kid in your university because its actually kinda hard to make flashcards/MM when you're studying law (TRUE STORY)

3. Use colours. Bright colours can make even the most boring of notes become more exciting. (At least it can brighten your world a bit, because law books have NO PICTURES and yeah, its BORING) (PERLU KE CAPSLOCK SEBENARNYA)

4. Give yourself a break occasionally. Go watch Running Man or Suits or Big Bang Theory. You get to know new vocabularies. It technically counts as studying, right?

5. And lastly, the most important - Discuss about what you've learned with your friends. You can tell them how the case between Donoghue and Stevenson went on OR they can tell you whats the judgement of Lina Joy's case. Bertukar-tukar pendapat & have a small debate.

(*Seriously, nombor LIMA tu adalah sangat penting. Tanpanya, mesti aku sudah terkapai-kapai di dalam lautan kamus-kamus Arab, kes-kes dan akta-akta.)






But here's something (From what I've got lah or kira macam pengajaran)

1. Theres NO such thing as the perfect student - Trying to achieve perfection just sets me up for failure, and needless mental anguish. In my case my, attempts to be ‘perfect’ would often result in thoughts of "Wei stress gila tahu tak," (Sambil minum Neskafe sebaldi). Just made small or realistic, achievable goals would eventually reach the bigger ones.

2. Lack of knowledge is probably what all students have in common when they start out - Jadi chill jelah hahaha. Dont be an arrogant douchebag, you only make yourself look like a major toss-pot. Be humble and cope with your friends instead of basing your sense of self worth based on arrogant notion of being apparently intelligent (Arrogant people atau sesiapa yang suka brag really annoy me a lot)So, chill jelah weh hahaha.

3. Dont expect to be given the answers. FIND THEM YOURSELF.

4. Stop and REST for a while. It is amazing actually how much more enjoyable reading and thinking about law is when I'm not forcing myself to do it. And no sane person could study Law from dusk till dawn. Kan? So relaks kejap, pi makan megi dan bergelak ketawa bersama housemates.

Joging pun best jugak huhuhu.

Jadi....ada sesiapa yang sudah muntah?
NAH! (Hulur baldi)
Ok bai, jumpa bulan September nanti inshaAllah!

Apr 27, 2013

#7- People attitudes towards political matters.

Assalamualaikum hai bapak-bapak, ibuk-ibuk!
Apa khabar semua? Harap semua sihat-sihat dan cantik.....macam saya.
Alhamdulillah, I just finished my Law & Syarie foundation at USIM.
Boleh tahan lah...untuk kapasiti otak aku nak melayan kes-kes, 
akta-akta, artikel yang infiniti, nasib baik tak pecah kepala otak.

Semoga dapat 4 rata walaupun paper General Principle of Malaysian Law haritu ialah hari tragedi air mata berdarah untuk saya.



As we all know, the Parliament has been dissoluted to pave the way for the 13th General Election and it will be held on 5th of May 2013. Literally, there are so many political campaigns and manifestos for convincing the citizens' heart and of course not forgetting the backbites/defame/slander in order to diminish the reputation of any political parties. Fitnah? Ya, Malaysiaku dah makin nazak.


Ok gelak jom apesal aku semakin menjurus ke arah keseriusan ni. General Election kenalah happy-happy ye tak! Barulah dapat pemimpin yang WIN dari segala aspek.


As an observant (I love claiming myself as an observant saja suka),
I notice, there are several types of Malaysian attitudes towards politics,
ada yang baik, ada yang macam syaiton, dan tak lupa juga kepada warga-warga ignorant.
So in this post, I would love to tell and explain about my personal views regarding these types of people. Jangan butthurt tau, ibu nak ajar kamu buka minda tu sikit, ye nak!


1. Golongan-Taksub-dan-Kipas-Susah-Mati


Or in other word specifically, we call them - Taksub people
It is a type of people who is willingly to do everything as a sign of support for his political party, EVENTHOUGH THE PARTY IS WELL-KNOWN FOR ITS CORRUPTION BEHAVIOUR AND BAD MANAGEMENT IN THE STATES OR COUNTRY.

Dialog pertama -
"Eh like hello, who cares about the corruption or bad behaviours, as long as the party helps us, provide welfare for us, mangkuk you Islam you tak pandai bersyukur ka?"

Dialog kedua -
"Aku tak kira! Parti ni korup ka, suka clubbing ka, bajet alim ka, aku tetap akan undi forever and ever sehingga hunjung nyawa aku," (Sambil mencarut dan tunjuk jari tengah)

Even worse, ada jugak yang sanggup jadi macai, pencetus riot, bakar/conteng/koyak bendera, fitnah sana-sini, BRAVO PEOPLE FOR BEHAVING LIKE THIS, YOU'RE SO CUTE I CANT EVEN RESIST YOU...UGH. Frankly speak, this type of people are mad. They are not just mad. They are ridiculous and some of them are just plain stupid.
Please, stop being obsessive over something. Be rational.


2. Golongan-Hamba-Abdi-Kepada Media dan-Laman-Sosial

They put the medias and social networks as their utmost belief in conveying the informations, without being rational and NOT checking the actual informations from the authority bodies. Lepastu claim diri masing-masing hebat dan serba tahu tentang politik, muahahaha. Ya, tahu. Kelakar tapi menyedihkan.

Situasi pertama - Status Facebook - "Dilaporkan bahawa Christiano Ronaldo telah memeluk agama Islam sebab haritu ada orang claim nampak dia makan kurma dan kismis,"

Tak pikiaq panjang, wajib SHARE!

Situasi kedua - Berita Nasional Diskaveri - "The Justice of Animal party told that its prohibited to bring any animals during the 13th General Elections because its likely to affect the voters' mind and messing the ballot papers,"

Tak pikiaq panjang, terus hebah dekat orang kampung!

Ya, kuasa media walaupun tak berakal tapi mampu kuasai otak khalifah-khalifah di muka bumi yang Allah dah willingly kurniakan akal buat depa. Tapi satu je sini aku nak habaq - Toksahlah buang masa baca berita dan maklumat yang one-sided dan bias nak mampus.


3. Golongan-Yang-Wise-Rasional-Tak-Cepat-Melatah-Eh-Apocot-Mak-Kau


When someone is capable of reasoning the basis of his opinions, not absurd and shall NOT contradict with good morality or minds of the society, cey GITU.

Untuk mengatasi golongan yang pertama dan kedua, manusia-manusia didalam golongan ketiga haruslah membuat research dan banyak membaca supaya tidak terpengaruh dengan propa-propa yang bodoh dan plastik.

Dialog pertama - "Mana engkorang dengar cerita yang Parti Keadilan Haiwan tu claim yang depa tak kasi bawak haiwan masa hari mengundi nanti? Theres no such thing. Aku pi laman web rasmi diorang, diorang cuma kata BOLEH NAK BAWAK HAIWAN TAPI KENA JAGA ELOK-ELOK, BUKAN DEPA HARAMKAN PUN," kata Ahmad yang hensem.

Dialog kedua - "I am neither the government nor the opposition. I am just a normal person who thinks people are putting too much focus on DSAI's sex scandal. If you think that he is not a man of religion because of the scandal, then what makes you think that Datuk Seri Najib lives his life on the religion basis? Something for you to ponder," kata Edmeng Bong.

Untuk mendapatkan #BetterNation (Lulz hashtag pun boleh), kita perlukan lebih banyak lagi produk-produk dari golongan ketiga yang wise dan rational thinking ini agar dapat bersatu dan mencegah perbalahan sesama kita! (Sambil buat muka sembang kuat)


4. Golongan Ignorant/Ignorang/Ignorey (Bergantung kepada loghat masing-masing)



Orang duk kata ignorance is a bliss, ignorance is a bliss sana sini. Tapi terus terang cakap yang term korang Ignorance-Is-A-Bliss tu is NOT applicable to politics and legal matters.

In Criminal Law term, kita panggil dia ignorantia legis neminem excusat - Yang bawa makna, ignorance of the law is NO defence. 

Eventhough term Latin ni hanya applicable untuk kesalahan jenayah saja, why dont we spin a bit dan apply term ini untuk politik FOR OUR OWN GOOD?

 Situasi pertama - 
"Mengikut pemerhatian saya, PRU-13 kali ini akan terus dikuasai oleh Nogha Denis dan Ghita Rudeni. Ini disebabkan faktor luaran mereka yang agak comel walaupun hidung kembang sikit, berbanding Ghozita Cekwang. Jika kita kaitkan dengan bidang nyanyian, mereka bertiga ini sebenarnya tidak boleh diharapkan langsung,"

Ok over punya ignorant. Saja suka ilustrate gitu. Tak boleh?

  
-------------------------------------------------------------

So, selepas musahabah diri masing-masing,
awak, awak, awak semua masuk dalam golongan mana?