My housemates
(Excuse my plum cheeks)
Mula-mula 7 orang.
Tolak 3 orang pindah *pakai kalkulator*
Tadaaa, hasilnya tinggallah kami berempat.
(Sorry kena blur gambar sebab ekpresi muka tak appropriate)
------------------------------------------------------
Manusia pertama yang akan menjadi mangsa deskripsi aku ialah Najah.
(Sila rujuk gambar diatas untuk membayangkan wajah beliau)
NAJAH. Najah adalah seorang manusia yang suka bercakap.Bila makan, beliau akan bercakap. Bila minum, beliau akan bercakap. Bahkan, jika bercakap semasa tidur juga adalah fitrah manusia, aku yakin Najah juga akan bercakap semasa tidur. Tapi Najah ni bagus, mulut beliau bergerak, kerja beliau juga akan bergerak bersamaan dengan kelajuan mulut beliau bergerak. Dua kerja dlm satu masa. Phew dapat bayang tak, hebat kan Najah?
((( Sebelum aku terlupa, Najah adalah kawan Shiro semasa di KISAS. Shiro ni kawan baik gila-gila aku merangkap kembar tapi aku lagi cun, wangi dan aku tak paham apa pekdahnya tetiba aku nak describe persahabatan aku dengan Shiro kat sini okbai. )))
Ok sambung balik. Kita kat mana tadi? Oh ya...hebat kan Najah. Selain mampu buat kerja dalam satu masa juga. Najah juga adalah seorang yang amat pembersih dan suka mandi di awal pagi. Selain itu, Najah juga amat power dalam Arab dan jika beliau gelak dan excited, nescaya satu rumah akan bergegar dan penduduk kawasan perumahan akan mengalami trauma yg amat dahsyat. Najah juga gemar membebel jika aku menyentuh bungkusan Maggi atau pun mandi lambat dan tidur secara berlebihan. Tapi aku tahu, Najah membebel kerana Najah hendak yang terbaik buat aku. Terima kasih Najah :)
Mangsa kedua ialah - Aina (Sila rujuk gambar-gambar diatas)
AINA. Aina adalah orang Melayu, Aina tersangatlah Melayu dia punya kemelayuan. Hehehehehehe. Aina suka melayan lagu-lagu melayu, drama-drama melayu, gosip-gosip melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu, bakal mendapat tempat istimewa didalam hati Aina. Aina tak suka cerita English. Korea dan Hindustan apatah lagi. Beliau selalu merengus jika kami serumah menonton cerita English (atau selain dari Melayu) dan tak paham mengapa kami sering melihat cerita-cerita selain daripada cerita Melayu.
Selain seorang yang sangat kemelayuan, Aina juga amat benci kepada cicak, tidak gemar kepada getah, dan tidak gemar jika ada manusia yang merenung kakinya lama-lama. (Tapi kami satu rumah selalu je buat KAH KAH KAH) Comel kan Aina? Selain itu, Aina is a morning person tapi beliau amat liat untuk mandi petang dan kami terpaksa mengambil keputusan untuk mengheret membebel beliau. Tapi benda yang paling bagus tentang Aina, beliau sangatlah rajin bertanya jika beliau tak paham tentang sesuatu pelajaran atau hal.
Hi Aina yang putih gila, terima kasih :)
*pasang background lagu Melayu* *LARI*
Musuh ketat kami - You-Know-Who
Mangsa yang terakhir untuk digigit di-describe ialah Isma (Sila rujuk gambar)
ISMA. Aku banyak persamaan dengan Isma. Dari segi genre lagu atau cerita kegemaran dan banyak lagi. Isma is a good listener and a good advisor I must say. Isma juga tidak boleh melihat aku makan kerana beliau akan berasa terhasut untuk makan sekali sebab Isma kata beliau seronok melihat aku bersantap, aku kelihatan bahagia, WAH GITEWWW.
Kalau bab-bab Laws & English ni, aku dengan Isma memang sentiasa ngam & compatible. Seperti hubungan pelajar tamhidi dan cucuk-cucuk gitu. Ingat lagi aku dan Isma khusyuk dan tawaduk mendengar lagu-lagu English dan rephrase those lyrics sempena preparations untuk MUET. Isma juga suka tidur tetapi beliau amatlah pandai bergaya dan matching-matching baju *menangis di dapur mengenangkan keselekehan diri ini* Selain pandai bergaya dan memakai eyeliner serta shawl, Isma juga adalah seorang yang amat caring dan amat concern kepada kami serumah. Untuk segala hal, terima kasih Isma :)
(Masa ni hujan dan ada abang pakcik pervert)
I just wanna say thank you for always listening, caring and being a junk lol. You don’t even know how that makes me go all warm and mushy on the inside. Sorry cuz I'm completely an annoying asshole, pemalas nak kemas bilik, selekeh, kurang reaksi kalau korang excited etc. I appreciate it more than you know. I love you all. MUAH MUAH MUAH.
NOTA MELEKIT - Rindu gila dekat Wafa & Shark Shak.