Jul 29, 2013

#12 - Kronologi ujian JPJ

Awh pakcik Halim must be terrified lol


Dear diary hikhikhik,
hari ini saya telah menjalani ujian JPJ. Saya berasa sangat cuak dan takut kerana memandu adalah perkara ketiga yang saya tak suka selepas lipas dan racist dooshbek.

1. Bersiap seperti biasa. Memakai baju warna merah kerana saya percaya kepada aura warna. Red gives energy or some sort of spirits (Amboi kemain kau spirit)

2. Pakcik kata nak datang pukul 8.30 tapi datang pukul 9.30 hmmmmm comel pakcik ni :'))) Takpa kita paham, pakcik sibuk ulang-alik nak ambil calon-calon lain kan kan kan.

3. Nombor giliran 17 (macam tahu-tahu je aku pernah duduk seksyen 17 Shah Alam dulu)

4. Naik bukit. ALHAMDULILLAH  I PASSED without using the second chance.
    (Tapi sedih sebab kakak JPJ yang jaga bukit tak reti nak senyum)
    (Ada murtabak ke kakak dalam mulut tu?)

5. Parking. INI HORROR WALAUPUN FAVOURITE.
    Kenapa horror? Sebab selalu berlatih dengan pakcik dekat SATU bahagian JE.
    Tapi tadi dapat tempat parking dekatt bahagian lain!!! Dah lah tak ada penanda!!!
    Dah masuk kereta, selamba badak je drive pergi dekat pakcik penjaga cakap,

    "Pakcik, saya tak pernah berlatih parking dekat kawasan tu!!!"
     (Sambil berguling-guling // ok tipu)

    Lepastu pakcik tu terangkan dekat tepi tu ada kayu terpacak kecik,
    hah jadikan kayu tu sebagai penanda OK CHAIYOKKK.

    ALHAMDULILLAH I PASSED.
    (Tapi sedih sebab abang JPJ yang jaga bahagian parking tak reti nak senyum)
    (Ada roti john ke dalam mulut tu cik abe oi?)

6. Tiga penjuru. THE MOST HORROR PART I SWEAR.
    Selama 10 jam berlatih, tak pernah lepas bahagian tiga penjuru yang misteri ini.
    Hah noob gila kan haku, macam kena sumpahan.

    And I asked pakcik Halim for another extra class.
    DUA KALI LATIHAN TERAKHIR, AKHIRNYA BARU LEPAS.
    Terharu gila rasa nak menangis. Pakcik Halim pun rasa nak menangis lol.

    ALHAMDULILLAH I PASSED.
    (Tapi sedih sebab makcik JPJ yang jaga bahagian tiga penjuru tak reti nak senyum)
    (Ada jagung bakar ke dalam mulut makcik?)

7. Ujian atas jalan. It went smoothly.
    ALHAMDULILLAH I PASSED.
    (Tapi sedih sebab pakcik JPJ yang pantau saya tak reti nak senyum)
    (Ada ayam masak madu ke dalam mulut pakcik?)


Tema kisah pada hari ini -
Kehidupan seorang remaja perempuan tabah yang dikelilingi oleh manusia-manusia grumpy yang menyorokkan makanan bazaar dalam mulut mereka kerana itu mereka tidak mahu senyum.

Pengajaran -
1) Harus berani dan spontaneous.
2) Senyum.......seindah suriaaaaaaaaa.
3) Jangan lupa tawakal lepas dah berusaha.


Ok bai selamat berpuasa semua,
dan selamat memburu malam Lailatul Qadar.


Nota Melekit - Kadang-kadang tak paham dengan sesetengah manusia yang suka mempertikaikan apa content blog // status FB // tweet orang lain.

Biarlah dia nak cerita pasal hidup dia ke, mak bapak dia ke, hamster jantan dia meninggal ke, cerita ilmiah ke, merepek ke..........oh ya by the way dia guna laptop awak ke?

ASALKAN TAK UPDATE BENDA YANG MACAM ASDFGHJKL,
(As in lagha things, arrogance//riak, hatred, or filthy stuffs)

- Pernah dengar tak yang ambil iktibar & berfikir daripada kisah dan perjalanan hidup orang lain itu pun salah satu cabang ilmu dan muhasabah juga?

- So back off. Mind your own content in any social media sites before you judge us.
   Dan ya, aku update cerita aku di blog/status/tweet bukan untuk puaskan hati kamu.
   I'm pleasing myself ok sila take note. Thank you.


2 comments:

  1. Nebbb.kelakarnyaT.T part ada makanan dlm mulut tu.btw.cuba teka ni shiapa?

    ReplyDelete
  2. Lama hang tak update entry macam ni kan neb? :"""))

    ReplyDelete